Menu Pilihan

eQuotes

I believe that despite the enormous odds which exist, unflinching, unswerving, fierce intellectual determination, as citizens, to define the real truth of our lives and our societies is a crucial obligation which devolves upon us all. It is in fact mandatory. If such a determination is not embodied in our political vision we have no hope of restoring what is so nearly lost to us - the dignity of man.

Harold Pinter, Nobel Lecture 2005

Scouting Days

Pengakap genap 100 tahun di tahun 2007 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh webmaster   
Khamis, 18 Januari 2007
ImageTerdapat lebih dari 28 juta ahli pengakap dari pelbagai peringkat umur dan jantina yang meliputi di lebih 216 negara dan jajahan, dan seramai lebih 300 juta penduduk dunia telah menyertai pergerakan pengakap termasuk dari kalangan mereka yang berperanan penting didalam pelbagai bidang
 

Ini adalah sesuatu yang cukup membanggakan berdasarkan kepada permulaan perjalanan pergerakan ini dengan hanya dianggotai oleh 20 budak-budak pengakap dan juga perkhemahan ujian pada tahun 1907. Perkhemahan pertama pergerakan ini selama 9 hari pada bulan Ogos 1907 di Pulau Brownsea berdekatan dengan Poole di Dorset, England

Perkhemahan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah dibuktikan kepada penganjurnya, Robert Baden-Powel bahawa kaedah latihan yang dilaksanakannya mampu untuk menarik minat golongan muda dan berkesan.

Pada Januari 1908, beliau melancarkan buku "Scouting for Boys" yang pertama. a book issued in fortnightly parts at four pence each. Ini adalah satu kejayaan yang memberangsangkan. Baden-Powell melaksanakan satu kaedah melatih kanak-kanak, suatu yang telah wujud pada organisasi pemuda seperti Bridged Muda dan kini pengakap merupakan sebuah pergerakan pemuda sukarela yang terbesar didunia.

 

Latar Belakang Baden-Powell

 

ImageRobert Baden-Powel dilahirkan pada 22hb February 1857. Beliau berusia 50 tahun ketika menganjurkan perkhemahan pengakap yang pertama di Pulau Brownsea. Beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang remaja dan juga askar yang banyak memainkan peranan didalam memformulasikan kaedah latihan didalam pergerakan pengakap ini.

 

Sebagai seorang pemuda, ( 10 adik beradik dengan 6 daripadanya terdiri daripada saudara lelaki), beliau menghabiskan masa lapangnya dengan berkhemah, mendaki dan berlayar. Disamping itu beliau juga berpengetahuan didalam penggunaan kompas, memasak cara hutan dan pelbagai kebolehan lain lagi. Beliau gemar menyelinap ke kawasan hutan berhampiran sekolahnya di Charterhouse, England mempelajari ilmu hutan seperti menghapuskan jejak, teknik samaran, memanjat pokok sekiranya pengetua sekolah memasuki kawasan hutan tersebut.

 

Pada tahun 1876, beliau telah ke India sebagai pegawai tentera muda dan merupakan seorang yang pakar didalam ilmu peninjau dan penjejak. Beliau telah mengetuai lain-lain tentera didalam bidang ini. Kaedah B-P yang dilaksanakan merupakan kaedah yang tidak "orthodox" pada waktu itu, bilangan unit-unit kecil atau dikenali sebagai patrol yang bekerjasama dibawah seorang ketua.

 

Kemudiannya beliau ditempatkan di Balkans, Afrika Utara dan Malta. Beliau kembali ke Afrika untuk membantu mempertahankan "Mafeking" ketika kepungan 217 hari sebelum perang Afrika Utara. Saat genting ini benar-benar menguji skill peninjau BP.

 

Beliau pulang ke Englan sebagai seorang pahlawan negara, beliau juga mendapati catatan tangan beliau ketika didalam tentera telah digunakan mengajar dan menerapkan ilmu pengakap kepada Kelab Kanak-kanan dan Brigade muda. Beliau mengambil keputusan untuk menulis semula sebuah buku khas untuk kanak-kanak lelaki dan pada perkhemahan pertama di tahun 1907, beliau telah menguji idea-idea beliau selama ini secara praktikal.

 

Perkembangan Pergerakan Pengakap

 

Kejayaan "Scouting for Boys" menghasilkan satu perkembagan yang cukup cepat, Menjelang 1909, pergerakan ini telah berada pada kedudukan yang cukup kukuh, buku "Scouting for Boys" telah diterjemahkan kepada lima bahasa. Perhimpunan pengakap di London telah berjaya menarik lebih dari 11,000 pengakap. Hasilnya B-P telah bercuti ke Afrika Selatan dan Chile menjadi negara pertama di luar Britain yang menyertai pergerakan pengakap ini. Dalam tahun 1910, beliau melawat ke Canada dan Amerika Syarikat dimana pergerakan ini telah pun bermula.

 

Peperangan pada tahun 1914 telah membawa kepada keruntuhan pergerakan ini, tetapi melalui latihan yang telah diberikan melalui sistem patrol telah membuktikan ianya cukup berkesan. Pengakap telah memberikan sumbangan didalam pelbagai bidang ketika peperangan ini.

 

Jamboree Dunia Pengakap Pertama telah diadakan pada 1920 dengan lebih 8000 penyertaan. Ini membuktikan golongan muda dari pelbagai bangsa dan negara mampu berkongsi minat dan idea yang sama. Semenjak jamboree dunia pertama di Olympia, London terdapat 17 jamboree lain turut diadakan di lokasi-lokasi lain. 33 negara telah menyertai jamboree dunia ini dan Biro Antarabangsa Pengakap telah di tubuhkan pada tahun 1920 di London.

 

Pada tahun 1922, Jawatankuasa Antarabangsa pertama telah di pilih di Persidangan Antarabangsa ke2 yang diadakan di Paris yang disertai oleh 31 organisasi pengakap peringkat negara. Diwaktu itu keahlian pengakap telah melangkaui angka 1 juta ahli.

 

Program Pengakap Peringkat Awal

 

Pengakap bermula sebagai sebuah program untuk kanak-kanak diantara umur 11 hingga 18 tahun, dan kemudiannya berkembang setelah mendapat permintaan dari pelbagai pihak. Program Pandu Putri (Girl Guide) dimulakan pada 1910 oleh isteri BP, Olave yang dikahwininya pada 1912. Beliau telah menjadi Ketua Pandu Putri.

 

Kelab Serigala telah ditubuhkan untuk kanak-kanak dan untuk peringkat remaja dan pemuda, cabang pengakap Kelana telah ditubuhkan. Nama dan identiti pengakap adalah berbeza dari satu negara ke satu negara, cub scout, beavers, rovers, explorers, senior scouts dan banyak lagi. Disesetangah negara, pergerakan ini telah diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal umur 6 tahun lagi.

 

 
 
duniaherba_460
b_minors
wartawan klscout

Statistik Ahli

25 registered
0 today
0 yesterday
0 this week
2 this month
Last: awanggatal offline
Pelawat Hari Ini: 0
Pelawat Semalam: 24
Pelawat Bulan Ini: 403
Jumlah Pelawat: 3669
Max.monthly visits: 624
Laman Hari Ini: 81
Laman Semalam: 310
Laman Bulan Ini: 5974
Laman Keseluruhan: 35239

Ahli KLScout.net


algabusi
07.04.2008
created by: Max
This is my Google PageRank™ - SmE Rank free service Powered by Scriptme