Menu Pilihan

eQuotes

An education isn't how much you have committed to memory, or even how much you know. It's being able to differentiate between what you do know and what you don't.

Anatole France (1844 - 1924)

Scouting Days

Mat rempit diajak sertai pengakap banteras gejala sosial PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Muliana binti Laribe   
Ahad, 19 November 2006

MELAKA – Seorang pengakap veteran, Abu Bakar Mohamed, 78, mengajak golongan muda khususnya mat rempit supaya menyertai pasukan pengakap dalam usaha membantu kerajaan menangani gejala sosial di negara ini.

Menurutnya, penyertaan dalam pasukan pengakap dapat membina sahsiah yang baik dalam diri golongan muda sekali gus mengelakkan mereka daripada mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti lumba haram.

ImageKatanya, pasukan pengakap sentiasa menggalakkan pengembangan budaya dan nilai-nilai murni di kalangan ahlinya dengan mengajak mereka untuk menjadi seorang yang berdisiplin, semangat berpasukan dan memupuk perasaan kasih sayang antara satu sama lain.

Dengan semangat ingin berbakti dan perasaan kasih sayang itulah jelas Abu Bakar, beliau masih aktif dalam pasukan pengakap walaupun telah lanjut usia dan lumpuh sejak tahun 1992.

“Selama menyertai pasukan pengakap iaitu sejak tahun 1946 di Sekolah Tinggi Segamat, Johor, saya tidak pernah menyesal, sebaliknya berbangga menjadi ahli pasukan ini.

‘‘Banyak aktiviti yang diadakan menerusi pasukan ini termasuk dalam memberi bantuan, sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia peringkat kebangsaan di Dewan Seri Negeri di sini, hari ini.

 
 
duniaherba_460
b_minors
wartawan klscout

Statistik Ahli

25 registered
0 today
0 yesterday
0 this week
2 this month
Last: awanggatal offline
Pelawat Hari Ini: 0
Pelawat Semalam: 24
Pelawat Bulan Ini: 403
Jumlah Pelawat: 3669
Max.monthly visits: 624
Laman Hari Ini: 77
Laman Semalam: 310
Laman Bulan Ini: 5970
Laman Keseluruhan: 35235

Ahli KLScout.net


Edmond
17.06.2008
created by: Max
This is my Google PageRank™ - SmE Rank free service Powered by Scriptme