|
Kuala Lumpur (05.01.2001) - Pergerakan pengakap melangkah selangkah lagi dalam usaha menyediakan memberikan khidmat kepada masyarakat melalui penubuhan unit mencari dan menyelaman (Search & Rescue team). Kol. Prof. Dato’ Dr. Hj. Kamarudin bin Hj. Kachar, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara telah melawat pusat-pusat banjir di Kg. Sri Medan, Yong Peng dan Parit Sulong. dan turut mendermakan 100 bungkus makanan bernilai RM 2,000.00 kepada mangsa-mangsa banjir.
Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia berhasrat menubuhkan Pasukan Mencari dan Menyelamat (Search & Rescue Team) untuk membantu malapetaka yang menimpa dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia sedang mendaftarkan seramai 200 orang Pengakap Kelana untuk dilatih peringkat asas dalam bidang mencari dan menyelamat. Tujuan ialah untuk membantu agensi Kerajaan seperti Polis, Tentera dan Bomba. Pasukan Kelana mempunyai 3 cawangan iaitu Pengakap Kelana Darat, Pengakap Kelana Laut dan Pengakap Kelana Udara. Pasukan Pengakap Kelana ini juga mempunyai beberapa kepakaran terutama sekali dalam bidang perubatan/paramedik. Kepakaran yang ada dikalangan Pesuruhjaya dan Pemimpin Pengakap akan melatih ahli-ahlinya khas dalam bidang “Physical Rescue”, “Sky Diving” dan menyelamat mangsa daripada bangunan tinggi dan menyelamat mangsa dalam keadaan banjir. Kepakaran yang penting bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat ini ialah untuk menguruskan keadaan merbahaya dan berkrisis (Crises & Risk Management) dengan cermat, cekap dan berkesan. Pengakap Kelana mempunyai seorang Pemimpin yang terlatih, mantan “Commanding Officer Air Force”, Commando Mejar Mior Rosli bin Dato’ Mohd. Jaafar yang akan mengetuai dan melatih pasukan-pasukan Kelana dalam bidang Mencari dan Menyelamat (Search & Rescue Team). Mejar Mior Rosli juga mempunyai beberapa peralatan/lkemudahan asas untuk menjalani latihan. Sesiapa Pengakap Kelana yang berminat menyertai latihan Mencari dan Menyelamat (Search & Rescue Team) ini sila hubungi : Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Rumah B-P, Jalan Hang Jebat 50150 Kuala Lumpur. Tel: 03-20780836 / 20706978 Fax: 03-20709057 Email:
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
This email address is being protected from spam bots, you need Javascript enabled to view it |